Selamat Datang Ke Laman Blog YB. Ustaz Ahmad Izzat Shauki, Adun Bukit Lada. MARI BERSAMA !!!

Sumbangan Dana Bantuan Kebajikan DUN Bukit Lada

Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR ) Bukit Lada Mengalu-alukan Sumbangan Dari Orang Ramai Untuk Dana Bantuan Kebajikan Untuk Disumbangkan Kepada Golongan Yang memerlukan Dalam Kawasan DUN Bukit Lada. Sesiapa yang Ingin Memberi Sumbangan, Bolehlah Menghubungi Setiausaha Kerja PKWR Bukit Lada, Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin 019-5556987

DANA BANTUAN PESAKIT JANTUNG
Sumbangan Dari Pelbagai pihak amat diperlukan untuk membantu Adik Muhammad Azan Samsudin, 14 untuk menjalani Pembedahan Jantung di Institut Jantung Negara ( IJN ) pada 24 Mac 2010.Sebarang pertanyaan dan Sumbangan anda bolehlah menghubungi Pegawai Khas YB Adun Bukit Lada, Shahrulruddin Musa 019-5230408


Ahad, 4 Mei 2008

ALOR STAR, 4 Mei (Hrkh) - Kerajaan Kedah sedang mengkaji untuk menaikkan elaun guru-guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini.

Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak berkata beliau secara dasarnya dengan cadangan tersebut dan Setiausaha Majlis Agama Islam Kedah akan membuat kajian berapa banyak kenaikan yang terbabit.

"Peruntukan yang dicadangkan ialah sebanyak RM1.6 juta. Jumlah kenaikan akan diberi mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri dalam bajet akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-15 Persatuan Guru-Guru Darjah Khas Quran/Tajwid (SPI/KAFA) di Dewan Besar Menara Zakat dekat sini semalam.

Menurutnya lagi, di Kedah terdapat seramai 2,772 orang KAFA) dan 44 orang penyelia.

Terdahulu dalam ucapannya, Azizan berharap guru-guru KAFA dapat meningkatkan kualiti kerja mereka di samping memberikan penekanan terhadap anak-anak didik mereka tentang halal-haram, dosa dan pahala berikutan meningkatkan masalah sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan remaja.

"Kena ingat, sebagai guru agama, bukannya kita sekadar mencari makan tapi yang pentingnya apa yang dibuat itu sebagai satu ibadah. Kita cari rezeki yang halal, walau gaji kecil tapi yang pentingnya berkat."Guru-guru adalah penyumbang besar kepada ummah.

"Pihak kerajaan berbangga dan berterima kasih dengan pengorbanan para guru KAFA. Kerajaan sedang berfikir apakah yang terbaik yang boleh diberikan demi kebajikan para guru KAFA," ujarnya.

Mesyuarat semalam dihadiri 20 perwakilan dari 10 daerah di negeri ini selain perwakilan dari Daerah Kubang Pasu dan Kota Setar.Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Yang diPertua Majlis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah, Dato' Sheikh Uzir Baharom.

2 Comments:

  1. sebol said...
    Selamat berblog.
    awang said...
    Assalamualaikum YB

    Saya amat2 berharap YB dapat segerakan PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT di tempat lain...BUKAN di MTD.Tolonglah demi kepentingan bersama.

    Tolonglah update blog ini seberapa kerap yang boleh dan sertakan bersama gambar2 YB turun ke Padang.Biar rakyat nampak!

    Walaupun rakyat tidak buta, namun kami tak nampak setakat ini apa yang YB buat.Nak contact YB..no hp pun kami tak tau.Nak pi pejabat..pejabat pun tak dak.

    Payah juga ni!

Post a Comment



Sekitar Perlawanan Piala DUN

Sekitar  Perlawanan Piala DUN