Selamat Datang Ke Laman Blog YB. Ustaz Ahmad Izzat Shauki, Adun Bukit Lada. MARI BERSAMA !!!

Sumbangan Dana Bantuan Kebajikan DUN Bukit Lada

Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR ) Bukit Lada Mengalu-alukan Sumbangan Dari Orang Ramai Untuk Dana Bantuan Kebajikan Untuk Disumbangkan Kepada Golongan Yang memerlukan Dalam Kawasan DUN Bukit Lada. Sesiapa yang Ingin Memberi Sumbangan, Bolehlah Menghubungi Setiausaha Kerja PKWR Bukit Lada, Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin 019-5556987

Khamis, 2009 Jun 04

Gotong Royong Membaiki Jalan

Gotong Royong membaiki Jalan di Kampung Kuala Lanjut.


Penduduk Kampung Kuala Lanjut menghargai sumbangan YB Ustaz membaiki kerosakan jalan di kampung mereka. Sumbangan tar dan batu kasaran untuk menurap kembali jalan-jalan yang berlubang untuk kemudahan dan keselesaan penduduk. Jalan ini juga kegunaan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Kuala Lanjut yang berulang-alik setiap hari menggunakan jalan tersebut. Gotong royong tersebut diketuai oleh Ketua Kampung Kuala Lanjut Mohd Daud Bin Omar.



Bersama Masyarakat Dun Bukit Lada

YB Ustaz Izzat meluangkan masa melawat golongan yang memerlukan khidmat beliau. Jadual rutin beliau pada setiap minggu adalah melawat kampung-kampung yang terdapat dalam kawasan DUN Bukit Lada. Pada lawatan tersebut, beliau beramah mesra bersama penduduk setempat dan turut memberikan sedikit sumbangan meringankan bebanan mereka yang memerlukan terutama golongan kurang upaya dan yang uzur.


Lawatan Kampung Padang Serai - Jumaat - 15 Mei 2009


Lawatan Kampung Paya - Rabu - 27 Mei 2009

YB berkesempatan meninjau kawasan kampung dengan menaiki motor bersama masyarakat Kampung Paya.

Jumaat, 2009 Mei 29

Sidang Media Ahli Parlimen Pokok Sena

Sidang Media Oleh Dato’ Haji Mahfuz Bin Omar.
28 Mei 2009.
2.30 Petang
Kompleks PAS Pokok Sena, Kedah Darul Aman.


Penguncupan Ekonomi Malaysia.
Penguncupan 6.2 peratus ekonomi Malaysia sudah tentu memberi implikasi negatif untuk rakyat Malaysia. Penguncupan ini di umumkan oleh Bank Negara Malaysia dan menjadikan tahun 2009, peratusan penguncupan ini di bawah paras 1 peratus. Namun Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zetty Akhtar Aziz memberitahu bahawa tidak akan ada perubahan pada suku tahun ke dua ekonomi Malaysia dan di jangka pulih pada suku tahun ke tiga.

“Bagaimana boleh suku ke tiga akan pulih seperti sediakala sedangkan suku pertama dan ke dua sudah berlaku penguncupan seperti laporan MIER ?” soal Dato’ Mahfuz.

Beliau juga menjelaskan penguncupan ini akan memberi kesan yang buruk taraf ekonomi rakyat Malaysia. Apa yang dikesalkan sikap kerajaan yang baru mengumumkan penguncupan ini. Kerana Dato’ Seri Najib (ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan) memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan berlaku penguncupan ekonomi (Utusan 1 Januari 2009) dan beliau juga pernah menyatakan bahawa Malaysia mempunyai daya tahan untuk mengelakkan berlakunya penguncupan ekonomi (Malaysia Kini 17 Februari 2009).

“Jelas ini satu pembohongan oleh Menteri Kewangan 1 ketika itu. Dan pembohongan ini terbongkar apabila ada desakan agar Malaysia membentangkan langkah-langkah alternatif untuk menghadapi masalah ekonomi global”.

Beliau kesal kerana Menteri Kewangan 1 tidak melihat jauh permasalahan ini dan cepat menafikan pandangan dan pendapat pakar-pakar ekonomi. Beliau memberi cadangan agar di usulkan pemotongan gaji Dato Seri Najib sebanyak RM 10 dibentangkan dalam parlimen yang bakal bersidang padang 15 Jun ini. Pemotongan ini dibuat kerana pembohongan kepada rakyat seolah-olah Malaysia tidak mengalami masalah ekonomi sedangkan sebaliknya yang berlaku. Beliau juga menambah, usul pemotongan gaji ini mestilah di usulkan oleh pihak kerajaan sebagai menandakan kerajaan sekarang adalah kerajaan yang telus dengan tema “1 Malaysia” dan beliau mengesyorkan supaya Dato’ Seri Nazri Aziz yang membawa usul ini. Pemotongan ini sebagai hukuman moral dan peringatan kepada Menteri Kewangan 1 supaya tidak lagi mengulangi pembohongan kepada rakyat.

Beliau juga mengulangi kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menyatakan ketidak yakinan beliau terhadap Najib untuk tangani masalah ekonomi global. Dato’ Haji Mahfuz juga ditanya adakah PR akan mencadangkan agar Menteri Kewangan 1 perlu ditukar dan digantikan dengan pakar ekonomi. Beliau menegaskan

“Setiap Menteri Kewangan 1 mestilah mempunyai kekuatan dan latar belakang ekonomi dan semestinya bersikap terbuka untuk menerima pendapat dan pandangan dari mereka yang pakar. Dan faktor ini tiada pada Najib”, tegas beliau.

“Sehingga sekarang saya belum dapat melihat pelan yang konkrit untuk Malaysia menghadapi masalah ekonomi global ini dan saya tidak yakin Malaysia akan pulih pada suku ke tiga sedangkan suku ke pertama dan kedua sudah mencatatkan penguncupan”.

“Bahkan rakyat ingin tahu ke mana pergi pakej rangsangan ekonomi RM 60 bilion yang diumumkan oleh Najib pada Mac lalu, keberkesanan perlaksanaannya, dan semua ini mesti dibahaskan dalam parlimen untuk pengetahuan rakyat keseluruhan ”.

Keputusan tergesa-gesa.
Keputusan Kementerian Pelajaran untuk menghadkan hanya 10 subjek bagi setiap calon SPM mulai tahun depan dilihat sebagai tindakan dan keputusan yang tidak wajar dan tergesa-gesa. Keputusan ini dilihat akan memberi kesan negatif dan masalah kepada pelajar-pelajar sekolah agama.

Keputusan ini akan melahirkan lepasan sekolah agama yang lemah kerana tidak dapat menguasai ilmu khusus tentang agama. Pelajar-pelajar ini apabila memasuki Universiti akan ketinggalan kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan pengajian ilmu agama yang agak tinggi disebabkan tidak memperlajari secara mendalam ilmu tersebut di sekolah menengah.

“Apa salahnya kalau ada yang hendak ambil lebih dari 10? Dan kalau alasan untuk menghadkan pengambilan subjek untuk SPM berkaitan dengan biasiswa, berapa orang sangat yang ambil sampai 20 subjek? Kalau setakat Madihah seorang pun kerajaan tak mampu beri biasiswa, andai lepas ini beribu yang dapat 10 A, mampukah kerajaan bagi biasiswa? ” tanya Dato’ Mahfuz.

“Sepatutnya kerajaan berasa bangga apabila ada pelajar yang mampu memperolehi sehingga 20 A dan ini membuktikan Malaysia mempunyai penduduk yang cerdik ”.

Pilihanraya kecil Penanti
Dato’ Mahfuz meminta pihak SPR mengambil tindakan terhadap Khairy Jamaludin apabila menghasut pengundi-pengundi Penanti supaya tidak keluar mengundi pada 31 Mei nanti. Proses pengundian merupakan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia apabila cukup umur. Kenyataan Khairy Jamaludin boleh mendorong supaya rakyat menolak proses demokrasi yang dijunjung di Malaysia.

Beliau uga menegaskan bahawa menghasut dan menghalang supaya orang ramai tidak keluar mengundi adalah satu kesalahan. Dan ini seolah-olah menghina SPR kerana setiap kali pilihanraya diadakan sudah tentu SPR ingin melihat peratusan keluar mengundi mencatat peratusan yang tinggi untuk membuktikan keberkesanan gerak kerja SPR. Namun, masih ada yang sanggup menghasut rakyat supaya tidak keluar mengundi.

Sidang media ini dibuat atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen Malaysia.

Sabtu, 2009 Mei 16

Selamat Hari Guru

Bersempena 16 Mei 2009, YB Ustaz Ahmad I'zzat Bin Shauki dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Bukit Lada mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru di seluruh negara terutamanya di DUN Bukit Lada. Semoga jasa bakti kalian memanusiakan manusia diberi ganjaran yang setimpal.

GURU PEMBINA BANGSA NEGARA.

Ahad, 2009 Mac 22

Program Ziarah Rakyat

Sumbangan kerusi roda di samping Ketua Komuniti Taman Seri Gading, Md Zain Bin Hassan.

YB Ustaz Ahmad Izzat telah meluangkan masa untuk bertemu rakyat menyelami permasalahan mereka di samping menyampaikan sumbangan kepada pihak yang memerlukan. Di dalam kesibukan, beliau tidak menghampakan harapan rakyat untuk mengadu segala permasalahan. Baru-baru ini, beliau sempat menyampaikan sumbangan kerusi roda di Taman Seri Gading dan menyampaikan sumbangan jersi dan bola kepada pemuda Kampung Pokok Pauh.

Wakil Pemuda Kampung Pokok Pauh menerima sumbangan Jersi dari YB. sambil diperhatikan Ketua Kampung Haji Zainol Abidin Bin Mat.

Menjunjung Kasih Tuanku Sultan Kedah

Tuanku berjiwa rakyat, daulat Tuanku.15 Mac 2009, bertempat di Markas PAS Pokok Sena, Langgar, Kebawah Duli Tuanku Sultan Kedah bersama Kebawah Duli Tuanku Sultanah Kedah telah mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan anakanda YB Dato' Roshidi Osman, ADUN Bukit Pinang .Keberangkatan Baginda di sambut oleh Pengantin berdua bersama kedua ibu bapa serta AJK PAS kawasan Pokok Sena serta Menteri Besar Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri .Rakyat Pokok Sena merasa bertuah kerana dapat melihat Tuanku berdua dari dekat dalam suasana yang penuh ceria dalam majlis yang penuh bermakna itu. Masyarakat setempat tidak melepaskan peluang untuk berkunjung menghadiri jamuan kenduri yang disediakan oleh Tuan Rumah disamping dapat beramah mesra dengan Tuanku Sultan dan Sultanah yang berjiwa rakyat ini


Ini adalah kali kedua Baginda telah turun mencemar Duli ke Daerah Pokok Sena, malam Jumaat lepas Baginda telah mencemar Duli merasmikan Masjid An Nur , Pekan Pokok Sena yang dijadikan Masjid Daerah Pokok Sena.Kebawah Duli Tuanku Sultan adalah seorang Sultan yang amat prihatin dengan rakyat di Kedah ini kerana baginda merupakan seorang raja yang banyak pengalaman didalam pentadbiran Negeri Kedah .


Tahun lepas rakyat Kedah bergembira menyambut Jubli Emas pemerintahan Baginda di Kedah ini.Moga Allah lanjutkan usia Kebawah Duli Tuanku berdua dalam keadaan sihat walafiat.Daulat Tuanku.

Khamis, 2009 Mac 12

YB Turun Padang Ziarah Rakyat

Keperihatinan YB Ustaz Ahmad Izzat terhadap permasalahan rakyat dengan turun padang untuk meninjau kebajikan rakyat di kawasan DUN Bukit Lada. Kesibukan beliau tidak menghalang dari menjenguk mereka yang memerlukan khidmat beliau.

Pada 5 Mac yang lalu, YB melawat mangsa ribut yang menerbangkan sebahagian bumbung rumah salah seorang penduduk di Kampung Padang Rezab. Seterusnya, beliau meluangkan masa menziarahi rakyat di Kampung Panchur selain menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pemuda kampung tersebut. Beliau bersama warga kampung menaiki motorsikal mengelilingi kampung tersebut disamping bertanya khabar warga penduduk disitu. Pada sebelah malam, beliau telah menyampaikan ceramah isu-isu semasa di Kampung Padang berikutan penubuhan cawangan baru di sini.







Penyerahan Jersi dan Bola Kepada Pemuda Perumahan KEDA Batu 13

3 Mac 2008 - Majlis penyerahan jersi dan bola sepak kepada pemuda di Perkampungan Keda Batu 13 dekat sini. YB Ustaz Ahmad Izzat sendiri turun padang untuk menyerahkan barangan tersebut. Terdahulu ketika dalam ucapan, YB telah menyebut bahawa pemuda adalah bakal pimpinan masa akan datang. Justeru, harapan beliau kepada para pemuda agar tidak terjebak dalam perkara yang boleh merosakkan. Dan beliau mengharapkan dengan penyerahan jersi ini, pemuda dapat menggunakannya untuk beriadhah dan menngadakan perlawan persahabatan untuk mengeratkan hubungan di kalangan pemuda. Turut hadir pada majlis penyerahan ini Ketua Komuniti Keda Batu 13, Ustaz Muhammad Zainal Asri Bin Haji Ramli sudi membacakan doa di akhir majlis.

Isnin, 2009 Februari 23

Majlis Penyerahan Watikah & Elaun Ketua Kampung dan Ketua Komuniti Dun Bukit Lada

22 Feb 2009 - Majlis penyerahan watikah dan elaun kepada ketua kampung dan ketua komuniti telah diadakan di pejabat daerah dan tanah Pokok Sena. Seramai 66 orang ketua kampung dan ketua komuniti dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Lada menerima watikah perlantikan tersebut. Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Dato' Haji Mahfuz Bin Omar menyerahkan watikah tersebut. Majlis tersebut dihadiri oleh YB Ustaz Ahmad Izzat, ADUN Bukit Lada, Pegawai Daerah Pokok Sena, En Zahari.

YB Ziarah ke Kampung Derang

Sepasang suami isteri yang dalam kehidupan dhaif menerima kunjungan ziarah dari YB Ustaz Ahmad Izzat di Kampung Keda, Bukit Hijau, Mukim Derang. Si isteri yang mengalami lumpuh dari pinggang ke bawah gara-gara jatuh dari katil di tandas hospital. YB Ustaz Ahmad Izzat turut memberi sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai bagi meringankan beban keluarga tersebut.

Sekitar Perlawanan Piala DUN

Sekitar  Perlawanan Piala DUN