Selamat Datang Ke Laman Blog YB. Ustaz Ahmad Izzat Shauki, Adun Bukit Lada. MARI BERSAMA !!!

Sumbangan Dana Bantuan Kebajikan DUN Bukit Lada

Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR ) Bukit Lada Mengalu-alukan Sumbangan Dari Orang Ramai Untuk Dana Bantuan Kebajikan Untuk Disumbangkan Kepada Golongan Yang memerlukan Dalam Kawasan DUN Bukit Lada. Sesiapa yang Ingin Memberi Sumbangan, Bolehlah Menghubungi Setiausaha Kerja PKWR Bukit Lada, Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin 019-5556987

DANA BANTUAN PESAKIT JANTUNG
Sumbangan Dari Pelbagai pihak amat diperlukan untuk membantu Adik Muhammad Azan Samsudin, 14 untuk menjalani Pembedahan Jantung di Institut Jantung Negara ( IJN ) pada 24 Mac 2010.Sebarang pertanyaan dan Sumbangan anda bolehlah menghubungi Pegawai Khas YB Adun Bukit Lada, Shahrulruddin Musa 019-5230408


Isnin, 23 Februari 2009

22 Feb 2009 - Majlis penyerahan watikah dan elaun kepada ketua kampung dan ketua komuniti telah diadakan di pejabat daerah dan tanah Pokok Sena. Seramai 66 orang ketua kampung dan ketua komuniti dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Lada menerima watikah perlantikan tersebut. Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Dato' Haji Mahfuz Bin Omar menyerahkan watikah tersebut. Majlis tersebut dihadiri oleh YB Ustaz Ahmad Izzat, ADUN Bukit Lada, Pegawai Daerah Pokok Sena, En Zahari.

YB Ziarah ke Kampung Derang

Sepasang suami isteri yang dalam kehidupan dhaif menerima kunjungan ziarah dari YB Ustaz Ahmad Izzat di Kampung Keda, Bukit Hijau, Mukim Derang. Si isteri yang mengalami lumpuh dari pinggang ke bawah gara-gara jatuh dari katil di tandas hospital. YB Ustaz Ahmad Izzat turut memberi sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai bagi meringankan beban keluarga tersebut.

Rabu, 18 Februari 2009



6 Februari - YB. Ustaz Ahmad Izzat telah menyerahkan komputer untuk kegunaan penduduk Kampung Kedundung seusai solat jumaat. Komputer tersebut diserahkan kepada Ketua Kampung, Tuan Haji Ghazali bin Bahari. Diharapkan komputer ini dapat memberi manafaat yang terbaik buat penduduk kampung.

Isnin, 9 Februari 2009


BATU GAJAH ,9 Feb (Hrkh) - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.

Beliau yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya daripada luar negara, demikian menurut Pegawai Khas beliau, Shaharudin Ahmad Sani kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Shaharudin mengendalikan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang di Markas PAS Air Kuning, Taiping.

Parlimen Bukit Gantang mempunyai tiga DUN iaitu Changkat Jering, Trong dan Sepetang.

"Dalam lawatan beliau ke Taiwan sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke hospital Taiwan atas masalah gula yang tinggi.

"Apa-apa maklumat terkini saya akan sampaikan," kata Shaharudin ketika dihubungi semasa dalam perjalanannya ke Batu Gajah.

Difahamkan wakil rakyat berusia 50 tahun itu dikatakan telah menghantar keretanya ke sebuah pusat cucian kereta berhampiran rumahnya di Changkat Lalang dekat Batu Gajah.

Kemudian, selepas mengadu sakit dada beliau meminjam basikal milik pekerja pusat tersebut untuk ke farmasi bagi mendapatkan ubat.

Roslan, 50, ditemui terjatuh di bahu jalan oleh ramai kira-kira pukul 11.15 pagi, kata Ketua Polis Batu Gajah, ACP Najib Mohamad.

Dalam pada itu, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin memberitahu kira-kira pukul 1.20 tengah hari bahawa jenazah berada di Hospital Batu Gajah.

Roslan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Sumber Tenaga Manusia dan Pentadbiran di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan pernah juga berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia, Universiti Terbuka Malaysia dan Universiti Teknologi Mara di Perak.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Safiah Harun dan mempunyai 11 orang anak.

Malam tadi difahamkan semasa perhimpunan rakyat di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, Allahyarham kelihatan seperti biasa, bergurau berjenaka bersama rakan-rakan yang lain. Beliau yang juga pengamal pengubatan Syifaq amat disenangi oleh kawan dan lawan kata seorang kenalan.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dibawa ke rumahnya di Kampung Changkat Larang, Pengkalan Pegoh.

Pada pilihan raya unmum ke-12 8 Mac lalu, Roslan memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,566 undi.Allahyarham memperoleh 20,015 undi manakala calon BN, Abdul Azim Mohd Zabidi (Umno) menerima 18,449 dan calon Bebas, M. Morgan mendapat 872 undi.

Ahad, 8 Februari 2009

MAJLIS PERISYTIHARAN DAERAH POKOK SENA DAERAH KE 12 DAN PERASMIAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH OLEH KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH

5 Februari 2009- Majlis ini telah dianjurkan dengan gilang gemilang sempena Majlis Perisytiharan Daerah Pokok Sena menjadi daerah ke-12 dalam kerajaan Negeri Kedah. Perisytiharan tersebut disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang mencemar duli turun ke program tersebut. Majlis ini juga dihadiri oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah dan anggota Exco kerajaan Negeri. YB Ustaz Ahmad Izzad turut serta dalam majlis ini. Ini kerana DUN Bukit Lada terletak di dalam Daerah Pokok Sena.


KDYMM Tuanku Sultan menyiram pokok sena sebagai kenangan dan perisytiharan perasmian Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Pokok Sena.

YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Bin Abd Razak mengiringi KDYMM Tuanku Sultan di majlis tersebut.

Tetamu VVIP dan KDYMM Tuanku Sultan dan Sultanah di atas pentas rasmi.


YB Dato' Haji Mahfuz, ahli parlimen Pokok Sena dan YB Ustaz Ahmad Izzat, ADUN Bukit Lada menunggu ketibaan KDYMM Tuanku Sultan.


Orang ramai yang memenuhi dan memeriahkan majlis ini.

Rabu, 4 Februari 2009

Majlis Memasak Bubur Asyura

YB Ustaz Ahmad Izzat sedang memasak bubur asyura.

Ketua Komuniti Taman Bandar Baru turut serta dalam program ini.


30 Januari 2009, Taman Bandar Baru, Pokok Sena.

Majlis ini telah dihadiri oleh penduduk Taman Bandar Baru. Sebanyak 4 kawah bubur Asyura telah dimasak dan diedarkan kepada penduduk dan orang ramai. Kesepakatan penduduk Taman Bandar Baru bekerjasama menyiapkan masakan ini dengan kehadiran YB Ustaz Ahmad Izzat dipuji. Dan beliau berharap agar majlis ini akan dianjurkan lagi pada masa akan datang.





Majlis Gotong Royong Perdana Sempena MAJLIS PERISYTIHARAN DAERAH POKOK SENA DAN PERASMIAN KOMPLEKS PEJABAT DAERAH DAN TANAH POKOK SENA.

31 Januari 2009- Yb Ustaz Ahmad Izzat telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecerian sempena Majlis tersebut. Majlis tersebut disertai oleh penduduk dan agensi kerajaan. dianggarkan lebih kurang 600 orang yang menyertai majlis tersebut.

Sambutan Tahun Baru Cina


29 Januari 2009-Yb Ustaz Ahmad Izzat telah menghadiri Rumah Terbuka sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di Padang Bola Keranjang, Taman Derga Jaya. Rumah Terbuka ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pokok Sena. Ini menandakan kesepakatan dan kerjasama yang terjalin antara wakil rakyat PAS dan masyarakat cina cukup erat.

Sekitar Perlawanan Piala DUN

Sekitar  Perlawanan Piala DUN