Khamis, 4 Jun 2009
Gotong Royong membaiki Jalan di Kampung Kuala Lanjut.
YB Ustaz Izzat meluangkan masa melawat golongan yang memerlukan khidmat beliau. Jadual rutin beliau pada setiap minggu adalah melawat kampung-kampung yang terdapat dalam kawasan DUN Bukit Lada. Pada lawatan tersebut, beliau beramah mesra bersama penduduk setempat dan turut memberikan sedikit sumbangan meringankan bebanan mereka yang memerlukan terutama golongan kurang upaya dan yang uzur.
Lawatan Kampung Paya - Rabu - 27 Mei 2009
Label: Berita Dun Bukit Lada, Turun Padang
Ahad, 22 Mac 2009
YB Ustaz Ahmad Izzat telah meluangkan masa untuk bertemu rakyat menyelami permasalahan mereka di samping menyampaikan sumbangan kepada pihak yang memerlukan. Di dalam kesibukan, beliau tidak menghampakan harapan rakyat untuk mengadu segala permasalahan. Baru-baru ini, beliau sempat menyampaikan sumbangan kerusi roda di Taman Seri Gading dan menyampaikan sumbangan jersi dan bola kepada pemuda Kampung Pokok Pauh.
Wakil Pemuda Kampung Pokok Pauh menerima sumbangan Jersi dari YB. sambil diperhatikan Ketua Kampung Haji Zainol Abidin Bin Mat.
Label: Berita Dun Bukit Lada, Turun Padang
Khamis, 12 Mac 2009
Pada 5 Mac yang lalu, YB melawat mangsa ribut yang menerbangkan sebahagian bumbung rumah salah seorang penduduk di Kampung Padang Rezab. Seterusnya, beliau meluangkan masa menziarahi rakyat di Kampung Panchur selain menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pemuda kampung tersebut. Beliau bersama warga kampung menaiki motorsikal mengelilingi kampung tersebut disamping bertanya khabar warga penduduk disitu. Pada sebelah malam, beliau telah menyampaikan ceramah isu-isu semasa di Kampung Padang berikutan penubuhan cawangan baru di sini.
Label: Berita Dun Bukit Lada, Turun Padang
Penyerahan Jersi dan Bola Kepada Pemuda Perumahan KEDA Batu 13
0 ulasan Dicatat oleh Ustaz Izzat di 2:35 PTGLabel: Berita Dun Bukit Lada, Turun Padang
Isnin, 23 Februari 2009
Label: Turun Padang
Rabu, 4 Februari 2009
YB Ustaz Ahmad Izzat sedang memasak bubur asyura.
Label: Berita Dun Bukit Lada, Turun Padang
Label: Berita Dun Bukit Lada, Turun Padang
Jumaat, 15 Ogos 2008
Dipetik dari Berita Harian (14 Ogos 2008)
Oleh Ridzuan Ahmad
bhnews@bharian.com.my
TURUN PADANG: Mahfuz bersama Adun Bukit Lada, Ahmat Izzat Ahmad Shauki ketika meninjau tapak pelupusan sampah di Pokok Sena, baru-baru ini.Penduduk bimbang timbul masalah serius akibat bau busuk, lalat
Keadaan itu berlaku apabila sampah yang dikutip oleh kontraktor dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dilupuskan di kawasan berkenaan tetapi tiada pihak yang menguruskannya menyebabkan timbunan makin bertambah dari sehari ke sehari.
Penduduk mula merungut kerana bau busuk dan lalat selain kerisauan mengenai penyakit terutama demam denggi dan malaria.
Tinjauan Berita Harian mendapati kerja menguruskan sampah di tapak pelupusan itu diambil alih oleh MBAS selepas kontraktornya menghentikan kerja tetapi dengan hanya sebuah jentera pengaut, ia menjejaskan kerja pembersihan.
Dianggarkan, hampir 200 tan sampah dilonggokkan di situ setiap hari.
Sebuah jentera penolak milik MBAS yang mengalami kerosakan, kini terdampar di tapak itu sejak dua tahun lalu dan masih belum dibaiki.
Difahamkan sebanyak 46 lori sampah termasuk dari pihak swasta keluar masuk dari tapak seluas 30 ekar untuk membuang sampah yang di pungut di sekitar bandar ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, yang meninjau kawasan itu baru-baru ini berkata sebelum ini sampah yang dipungut akan ditimbus ke dalam lubang yang disediakan tetapi masalah timbul apabila kontraktor menghentikan operasi.
Beliau menggesa MBAS mengambil tindakan segera termasuk menyewa jentera untuk mengatasi masalah berkenaan.
Katanya, selain pencemaran alam sekitar keadaan yang berlaku itu boleh mengundang kepada pembiakan wabak penyakit seperti denggi, taun dan malaria.
Beliau menggesa kerajaan menubuhkan jawatan kuasa audit dalaman untuk menyiasat masalah pengurusan kewangan MBAS sehingga menyebabkan agensi itu menghadapi masalah kewangan yang kritikal.
Selain itu, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan bin Abdul Razak untuk menggesa kerajaan negeri bertegas dengan MBAS yang gagal bertindak terhadap masalah itu walaupun pernah dilaporkan akhbar.
Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Abdul Mukthi Abdullah ketika dihubungi berkata pihaknya dalam proses mendapatkan kontraktor baru untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
Selasa, 22 Julai 2008

KIDU seperti yang sedia maklum di dalam kawasan saya iaitu Dun Bukit Lada dan saya rasa bertanggungjawab mengetahui permasalahannya termasuk Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU) yang mana saya adalah salah seorang ahli Lembaga Tadbirnya.
Institusi yang diasaskan oleh al-Marhum Dato' Fadhil Mohd Noor bagi saya amat perlu dan sewajarnya saya bersama dengan mereka dalam memperkasakan institusi pendidikan ummah ini. Saya mengajak semua agar bersama dalam memperkasakan institusi pendidikan ummah ini.
Label: Turun Padang
Khamis, 17 Julai 2008
SMIDU adalah merupakan sebuah sekolah agama rakyat (SAR) yang telah diasaskan oleh alMarhum Dato' Fadzil Mohd Noor.
Majlis yang diraikan gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Haji Azizan bin Abdul Razak, Menteri Besar Kedah. Majlis ini diadakan bagi meraikan anak-anak pelajar SMIDU yang telah berjaya dengan cemerlang di dalam bidang akademik dan ko-kurikulum bagi tahun 2007.
SMIDU yang saya lihat kini semakin berkembang pesat dan mendapat sambutan umum. Saya melahirkan rasa syukur kerana sebuah sekolah seumpama ini yang sama-sama dibina oleh ummah atas derma dan sumbangan tenaga orang ramai ini masih terus utuh dalam misi dan visinya untuk melahirkan Ulama' 'Amilin Pewaris Anbiya'.
Moga SMIDU terus releven dan kekal mengharungi dunia pendidikan Islam. InsyaAllah.
Maklumat lanjut layari www.smidu.kidu.com.my




Label: Berita Dun Bukit Lada, Turun Padang
Isnin, 21 April 2008
Label: Turun Padang











