Selamat Datang Ke Laman Blog YB. Ustaz Ahmad Izzat Shauki, Adun Bukit Lada. MARI BERSAMA !!!

Sumbangan Dana Bantuan Kebajikan DUN Bukit Lada

Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR ) Bukit Lada Mengalu-alukan Sumbangan Dari Orang Ramai Untuk Dana Bantuan Kebajikan Untuk Disumbangkan Kepada Golongan Yang memerlukan Dalam Kawasan DUN Bukit Lada. Sesiapa yang Ingin Memberi Sumbangan, Bolehlah Menghubungi Setiausaha Kerja PKWR Bukit Lada, Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin 019-5556987

DANA BANTUAN PESAKIT JANTUNG
Sumbangan Dari Pelbagai pihak amat diperlukan untuk membantu Adik Muhammad Azan Samsudin, 14 untuk menjalani Pembedahan Jantung di Institut Jantung Negara ( IJN ) pada 24 Mac 2010.Sebarang pertanyaan dan Sumbangan anda bolehlah menghubungi Pegawai Khas YB Adun Bukit Lada, Shahrulruddin Musa 019-5230408


Jumaat, 15 Ogos 2008

6,000 tan Sampah Tak Diurus

Dipetik dari Berita Harian (14 Ogos 2008)

Oleh Ridzuan Ahmad
bhnews@bharian.com.my

TURUN PADANG: Mahfuz bersama Adun Bukit Lada, Ahmat Izzat Ahmad Shauki ketika meninjau tapak pelupusan sampah di Pokok Sena, baru-baru ini.

Penduduk bimbang timbul masalah serius akibat bau busuk, lalat

ALOR SETAR: Longgokan sampah dianggar 6,000 tan di Pusat Pelupusan Sampah Pokok Sena dekat sini, menimbulkan masalah kepada penduduk dan isu alam sekitar yang serius sejak beberapa minggu lalu.

Keadaan itu berlaku apabila sampah yang dikutip oleh kontraktor dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dilupuskan di kawasan berkenaan tetapi tiada pihak yang menguruskannya menyebabkan timbunan makin bertambah dari sehari ke sehari.

Penduduk mula merungut kerana bau busuk dan lalat selain kerisauan mengenai penyakit terutama demam denggi dan malaria.

Tinjauan Berita Harian mendapati kerja menguruskan sampah di tapak pelupusan itu diambil alih oleh MBAS selepas kontraktornya menghentikan kerja tetapi dengan hanya sebuah jentera pengaut, ia menjejaskan kerja pembersihan.

Dianggarkan, hampir 200 tan sampah dilonggokkan di situ setiap hari.

Sebuah jentera penolak milik MBAS yang mengalami kerosakan, kini terdampar di tapak itu sejak dua tahun lalu dan masih belum dibaiki.

Difahamkan sebanyak 46 lori sampah termasuk dari pihak swasta keluar masuk dari tapak seluas 30 ekar untuk membuang sampah yang di pungut di sekitar bandar ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, yang meninjau kawasan itu baru-baru ini berkata sebelum ini sampah yang dipungut akan ditimbus ke dalam lubang yang disediakan tetapi masalah timbul apabila kontraktor menghentikan operasi.

Beliau menggesa MBAS mengambil tindakan segera termasuk menyewa jentera untuk mengatasi masalah berkenaan.

Katanya, selain pencemaran alam sekitar keadaan yang berlaku itu boleh mengundang kepada pembiakan wabak penyakit seperti denggi, taun dan malaria.

Beliau menggesa kerajaan menubuhkan jawatan kuasa audit dalaman untuk menyiasat masalah pengurusan kewangan MBAS sehingga menyebabkan agensi itu menghadapi masalah kewangan yang kritikal.

Selain itu, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan bin Abdul Razak untuk menggesa kerajaan negeri bertegas dengan MBAS yang gagal bertindak terhadap masalah itu walaupun pernah dilaporkan akhbar.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Abdul Mukthi Abdullah ketika dihubungi berkata pihaknya dalam proses mendapatkan kontraktor baru untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

0 Comments:

Post a Comment



Sekitar Perlawanan Piala DUN

Sekitar  Perlawanan Piala DUN