Selamat Datang Ke Laman Blog YB. Ustaz Ahmad Izzat Shauki, Adun Bukit Lada. MARI BERSAMA !!!

Sumbangan Dana Bantuan Kebajikan DUN Bukit Lada

Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR ) Bukit Lada Mengalu-alukan Sumbangan Dari Orang Ramai Untuk Dana Bantuan Kebajikan Untuk Disumbangkan Kepada Golongan Yang memerlukan Dalam Kawasan DUN Bukit Lada. Sesiapa yang Ingin Memberi Sumbangan, Bolehlah Menghubungi Setiausaha Kerja PKWR Bukit Lada, Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin 019-5556987

DANA BANTUAN PESAKIT JANTUNG
Sumbangan Dari Pelbagai pihak amat diperlukan untuk membantu Adik Muhammad Azan Samsudin, 14 untuk menjalani Pembedahan Jantung di Institut Jantung Negara ( IJN ) pada 24 Mac 2010.Sebarang pertanyaan dan Sumbangan anda bolehlah menghubungi Pegawai Khas YB Adun Bukit Lada, Shahrulruddin Musa 019-5230408


Khamis, 1 Mei 2008

petikan dari Utusan Online

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI

ALOR STAR 30 April - Menteri Besar, Azizan Abdul Razak hari ini mengumumkan penurunan kadar bayaran cukai tanah di antara 25 hingga 75 peratus berkuat kuasa Januari lalu.

Beliau berkata, penurunan kadar bayaran tersebut adalah sebagai memenuhi janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12, dengan membabitkan tiga kategori tanah iaitu pertanian, perusahaan dan bangunan.

Bagaimanapun, katanya, penurunan kadar bayaran tersebut menyebabkan kerajaan negeri kerugian RM15 juta.

''Sehubungan itu, beberapa langkah mungkin diambil bagi mengatasi masalah tersebut seperti perbelanjaan berhemah, mempertingkatkan aktiviti syarikat milik kerajaan dan menggalakkan pelaburan lain yang dijangka menambah pendapatan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darulaman, di sini hari ini.

Katanya lagi, kerajaan negeri juga turut menurunkan sebanyak 25 peratus kadar bayaran cukai tanah melibatkan kawasan padi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

''Hasil tanah di kawasan padi MADA sekarang ialah RM15 sehektar, berbanding RM20 pada 2006, dan RM4.31 (2008) serelung, berbanding RM5.75 (2006)," jelas beliau.

Azizan seterusnya memberitahu, bagi hasil tanah kampung, kadar bayaran itu ialah sebanyak RM25 sehektar, berbanding RM60 sehektar dan RM7.19 serelung, berbanding RM17.27 serelung iaitu penurunan sebanyak 58 peratus.

''Bagi tanah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) pula, kadarnya ialah RM20 satu lot, berbanding RM30 satu lot iaitu penurunan sebanyak 33 peratus, manakala untuk tanah sesebuah rumah pula ditetapkan 15 sen satu meter persegi dengan kadar minimum RM100 yang perlu dibayar.

''Ini merupakan penurunan sebanyak 40 peratus kerana sebelum ini, kadarnya ialah 25 sen dengan minimum RM150.

''Tanah rumah berkembar pula mencatat penurunan 30 peratus pada kadar 14 sen satu meter persegi dan kadar minimum RM80.00, berbanding 20 sen satu meter persegi di mana kadar minimumnya RM100," jelas beliau.

Beliau seterusnya menjelaskan, kadar bayaran cukai tanah untuk rumah kos rendah pula turun sebanyak 30 peratus, manakala rumah teres turun 40 peratus.

''Bagi rumah kos rendah, kadar bayaran cukainya ialah 12 sen satu meter persegi dengan kadar minimum RM35, berbanding 15 sen iaitu kadar minimum RM50, manakala rumah teres pula sebanyak 12 sen satu meter persegi dan kadar minimum pula RM45.

''Kadar ini berbeza pada 2006 iaitu 20 sen satu meter persegi dengan kadar minimum RM60," kata beliau.

Azizan turut mengumumkan bahawa kadar bayaran hasil tanah bagi industri sederhana ialah 15 sen satu meter persegi dengan kadar minimum RM400, berbanding 20 sen pada 2006, kadar minimumnya pula sebanyak RM600.

''Bagi industri ringan pula, dahulu (2006) kadarnya ialah 12 sen satu meter persegi, tetapi sekarang 11 sen bagi satu meter persegi dengan kadar minimum tetap sebanyak RM300," kata beliau.

Sementara itu, kata Azizan, mesyuarat Exco juga bersetuju untuk menetapkan bahawa sekolah-sekolah swasta yang berkonsepkan kebajikan dan bukan keuntungan hanya dikenakan token sebanyak RM10 setahun.

0 Comments:

Post a Comment



Sekitar Perlawanan Piala DUN

Sekitar  Perlawanan Piala DUN