Selamat Datang Ke Laman Blog YB. Ustaz Ahmad Izzat Shauki, Adun Bukit Lada. MARI BERSAMA !!!

Sumbangan Dana Bantuan Kebajikan DUN Bukit Lada

Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR ) Bukit Lada Mengalu-alukan Sumbangan Dari Orang Ramai Untuk Dana Bantuan Kebajikan Untuk Disumbangkan Kepada Golongan Yang memerlukan Dalam Kawasan DUN Bukit Lada. Sesiapa yang Ingin Memberi Sumbangan, Bolehlah Menghubungi Setiausaha Kerja PKWR Bukit Lada, Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin 019-5556987

DANA BANTUAN PESAKIT JANTUNG
Sumbangan Dari Pelbagai pihak amat diperlukan untuk membantu Adik Muhammad Azan Samsudin, 14 untuk menjalani Pembedahan Jantung di Institut Jantung Negara ( IJN ) pada 24 Mac 2010.Sebarang pertanyaan dan Sumbangan anda bolehlah menghubungi Pegawai Khas YB Adun Bukit Lada, Shahrulruddin Musa 019-5230408


Isnin, 19 Mei 2008

Hari Aduan Rakyat Parlimen Pokok Sena

Pada 16 Mei 2008, saya bersama-sama dengan Ahli Parlimen Pokok Sena, YB. Mahfuz Omar telah menganjurkan Hari Aduan Rakyat Parlimen Pokok Sena di Pekan Pokok Sena.

Majlis yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi ini mendapat sambutan daripada orang ramai. Pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum telah datang berjumpa kami untuk membuat aduan dan menyatakan masalah masing-masing.

Pihak kami juga telah melawat pasar Pokok Sena untuk meninjau para peniaga di situ dan beramah mesra dengan mereka. Alhamdulillah majlis ini telah berjalan dengan selamat dan sempurna sehinggalah ke waktu tengahari.

Bersama-sama ini adalah beberapa keping gambar yang dapat saya kongsikan bersama pembaca.
















1 Comment:

  1. encik MIE said...
    salam..

    tak nampak ramai pun. ada ramai penjual...kalau ramai macam penyokong bola sepak ke....

    kan gitu'

    pkrpasdap.blogspot.com

Post a Comment



Sekitar Perlawanan Piala DUN

Sekitar  Perlawanan Piala DUN