Selamat Datang Ke Laman Blog YB. Ustaz Ahmad Izzat Shauki, Adun Bukit Lada. MARI BERSAMA !!!

Sumbangan Dana Bantuan Kebajikan DUN Bukit Lada

Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR ) Bukit Lada Mengalu-alukan Sumbangan Dari Orang Ramai Untuk Dana Bantuan Kebajikan Untuk Disumbangkan Kepada Golongan Yang memerlukan Dalam Kawasan DUN Bukit Lada. Sesiapa yang Ingin Memberi Sumbangan, Bolehlah Menghubungi Setiausaha Kerja PKWR Bukit Lada, Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin 019-5556987

DANA BANTUAN PESAKIT JANTUNG
Sumbangan Dari Pelbagai pihak amat diperlukan untuk membantu Adik Muhammad Azan Samsudin, 14 untuk menjalani Pembedahan Jantung di Institut Jantung Negara ( IJN ) pada 24 Mac 2010.Sebarang pertanyaan dan Sumbangan anda bolehlah menghubungi Pegawai Khas YB Adun Bukit Lada, Shahrulruddin Musa 019-5230408


Sabtu, 26 April 2008

Mangsa ribut dapat bantuan RM10,000


PENDANG 25 April - Sebanyak 58 keluarga dari 10 buah kampung di daerah ini yang menjadi mangsa ribut kelmarin, menerima bantuan kewangan bernilai RM10,000 daripada kerajaan negeri Kedah.Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak berkata, bantuan segera yang disalurkan melalui tabung bencana negeri itu bertujuan meringankan beban mangsa yang mengalami kerugian selepas rumah mereka rosak dilanda fenomena alam itu.

Menerusi bantuan itu, kata beliau, mangsa yang terlibat boleh menggunakannya untuk membaiki bahagian rumah yang rosak termasuk membeli atap baru supaya mereka dapat tinggal di kediaman masing-masing dalam keadaan sedia kala dan selesa.

Katanya, kerajaan negeri bersimpati dengan nasib mangsa ribut yang mengalami kerosakan rumah dan bantuan itu diharap sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

"Saya juga berharap agar mereka yang terlibat dapat bersabar dan menerimanya sebagai dugaan," katanya pada majlis penyampaian bantuan mangsa ribut di Sekolah Kebangsaan Kampung Chegar di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, setiap keluarga diberikan bantuan wang tunai antara RM100 hingga RM300 bergantung kepada nilai kerosakan rumah yang dialami.

Antara kampung yang terlibat dalam kejadian ribut kira-kira pukul 4 petang kelmarin itu, ialah Kampung Assam Jawa, Kampung Padang Pusing dan Kampung Baru 20 dan Kampung Gajah Mati.

Azizan berkata, di sebalik musibah yang melanda, beliau bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku dalam kejadian berkenaan yang jarang melanda daerah ini.

Dalam pada itu, beliau juga berpuas hati dengan peranan yang dimainkan oleh semua pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat dan golongan penghulu dalam menghulurkan segala bentuk bantuan secara pantas kepada mangsa ribut itu.

Menurutnya, kerjasama dan semangat gotong royong yang baik antara semua pihak itu perlu dikekalkan setiap masa demi kesejahteraan semua. - UTUSAN

0 Comments:

Post a Comment



Sekitar Perlawanan Piala DUN

Sekitar  Perlawanan Piala DUN