Selamat Datang Ke Laman Blog YB. Ustaz Ahmad Izzat Shauki, Adun Bukit Lada. MARI BERSAMA !!!

Sumbangan Dana Bantuan Kebajikan DUN Bukit Lada

Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR ) Bukit Lada Mengalu-alukan Sumbangan Dari Orang Ramai Untuk Dana Bantuan Kebajikan Untuk Disumbangkan Kepada Golongan Yang memerlukan Dalam Kawasan DUN Bukit Lada. Sesiapa yang Ingin Memberi Sumbangan, Bolehlah Menghubungi Setiausaha Kerja PKWR Bukit Lada, Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin 019-5556987

DANA BANTUAN PESAKIT JANTUNG
Sumbangan Dari Pelbagai pihak amat diperlukan untuk membantu Adik Muhammad Azan Samsudin, 14 untuk menjalani Pembedahan Jantung di Institut Jantung Negara ( IJN ) pada 24 Mac 2010.Sebarang pertanyaan dan Sumbangan anda bolehlah menghubungi Pegawai Khas YB Adun Bukit Lada, Shahrulruddin Musa 019-5230408


Rabu, 21 Januari 2009

Program Save Palestin


DIJEMPUT HADIR KEPADA SEMUA PENDOKONG DAN PENYOKONG UNTUK MENYATAKAN SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT UMAT ISLAM DI PALESTIN

ROMBONGAN PETUGAS DARI PUSAT KHIDWAT WAKIL RAKYAT BUKIT LADA MEMBANTU DALAM KEMPEN PILIHANRAYA DI KUALA TERENGGANU.

Rumah Penginapan Kontinjen Kedah


di Bangsal Panas Kontinjen Pas Kedah Kawasan Pokok Sena dan Langkawi

Suasana Pengundian


bertugas di Losong Dato Amar

TAHNIAH BUAT PENGUNDI KUALA TERENGGANU DI ATAS PILIHAN YANG BIJAK DAN TAHNIAH BUAT HAJI MOHD ABDUL WAHID BIN ENDUT DI ATAS KEMENANGAN INI.

Jumaat, 10 Oktober 2008


Oleh Izwan Abdul Halim

POKOK SENA: Antara hikmah dan pengajaran yang terkandung di dalam bulan Ramadhan ialah golongan berada dan berkuasa membantu golongan miskin dan lemah.

Kerana itulah Ramadhan juga digelar Syahrul Muwasah oleh Baginda Nabi SAW, iaitu bulan untuk tolong-menolong di mana terdapatnya galakan untuk bersedekah, memberi makan orang berbuka puasa serta kewajipan menunaikan zakat fitrah.

“Hatta anak kecil sekalipun diwajibkan zakat fitrah. Supaya hikmahnya, mereka yang berada dapat berkongsi rasa dengan mereka yang tidak berada,” jelas Adun Bukit Lada, YB Ustaz Ahmad I’zzat Mohamad Shauki semasa berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Fakir Miskin di Kampung Pak Kiaw, di sini 19 September lalu.

Menurut beliau, antara manusia ini ada dilebihkan rezekinya dan ada pula yang kurang. Semua itu terangnya, diatur oleh Allah SWT supaya terbina kekuatan sebagai satu ummah.

Maka tegas YB Ustaz Ahmad I’zzat, perkara yang sama juga menjadi tuntutan kepada sebuah pemerintahan di mana kerajaan bertanggungjawab membantu rakyat. Bagaimanapun katanya, situasi kini menunjukkan rakyat pula yang dibebani pemerintah.

Beliau memberikan contoh dengan menyifatkan harga minyak yang masih tinggi di negara ini walaupun di pasaran dunia telah turun ke paras USD91 setong, bermakna rakyat sedang ‘membayar subsidi’ kepada kerajaan.

Seramai 120 fakir miskin dalam Dun Bukit Lada menerima sumbangan pada majlis tersebut yang disampaikan oleh YB Ustaz Ahmad I’zzat dan Adun Bukit Pinang, YB Tuan Haji Md Rohsidi Osman. Turut hadir dan menyerahkan sumbangan pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Tuan Haji Mahfuz Omar.

Sementara itu, dalam majlis sama yang diadakan di Pekan Langgar di sini, seramai 100 fakir miskin dalam Dun Bukit Pinang menerima sumbangan yang disampaikan oleh ketiga-tiga Ahli Yang Berhormat berkenaan.





Khamis, 28 Ogos 2008

Pada hari ini, saya telah diundang oleh pihak Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU) untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMIDU kali ke 10.

SMIDU merupakan sebuah sekolah agama rakyat yang memberi pendidikan Islam tulen kepada para pelajar yang datang bukan sahaja dari Utara malah dari negeri-negeri selatan tanahair pun ada.

Semoga SMIDU terus kekal releven dalam memberikan pendidikan Islam kepada generasi sekarang dan akan datang.

"Membina Generasi 'Amilin"

Rabu, 27 Ogos 2008

Lawatan Mangsa Kebakaran

Saya bersama YB. Ustazah Hajjah Siti Ashah binti Haji Ghazali, Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan telah berkesempatan untuk meninjau sendiri tempat kebakaran rumah Puan Aisyah binti Saad.

Pada petang itu, kami berbual dan berbincang dengan tuan rumah tersebut.

YB. Ustazah Siti Ashah telah memberi sedikit bantuan berupa wang tunai dan beberapa barang keperluan asas.






Selasa, 26 Ogos 2008

Suatu kebakaran telah berlaku di Kampung Lanjut Malau pada 12.30 malam, 24 Ogos 2008.

Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas yang menyebabkan rumah hangus dijilat api.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Bukit Lada dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menghulurkan bantuan segera berupa barangan keperluan asas seperti beras, gula, kain, tikar dan lain-lain.


Sidang DUN Kedah


Ceramah Ihya' Ramadhan

Saya berkesempatan menyampaikan ceramah Ihya' Ramadhan di Masjid An-Nur, Pokok Sena baru-baru ini.


Jumaat, 15 Ogos 2008

6,000 tan Sampah Tak Diurus

Dipetik dari Berita Harian (14 Ogos 2008)

Oleh Ridzuan Ahmad
bhnews@bharian.com.my

TURUN PADANG: Mahfuz bersama Adun Bukit Lada, Ahmat Izzat Ahmad Shauki ketika meninjau tapak pelupusan sampah di Pokok Sena, baru-baru ini.

Penduduk bimbang timbul masalah serius akibat bau busuk, lalat

ALOR SETAR: Longgokan sampah dianggar 6,000 tan di Pusat Pelupusan Sampah Pokok Sena dekat sini, menimbulkan masalah kepada penduduk dan isu alam sekitar yang serius sejak beberapa minggu lalu.

Keadaan itu berlaku apabila sampah yang dikutip oleh kontraktor dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dilupuskan di kawasan berkenaan tetapi tiada pihak yang menguruskannya menyebabkan timbunan makin bertambah dari sehari ke sehari.

Penduduk mula merungut kerana bau busuk dan lalat selain kerisauan mengenai penyakit terutama demam denggi dan malaria.

Tinjauan Berita Harian mendapati kerja menguruskan sampah di tapak pelupusan itu diambil alih oleh MBAS selepas kontraktornya menghentikan kerja tetapi dengan hanya sebuah jentera pengaut, ia menjejaskan kerja pembersihan.

Dianggarkan, hampir 200 tan sampah dilonggokkan di situ setiap hari.

Sebuah jentera penolak milik MBAS yang mengalami kerosakan, kini terdampar di tapak itu sejak dua tahun lalu dan masih belum dibaiki.

Difahamkan sebanyak 46 lori sampah termasuk dari pihak swasta keluar masuk dari tapak seluas 30 ekar untuk membuang sampah yang di pungut di sekitar bandar ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, yang meninjau kawasan itu baru-baru ini berkata sebelum ini sampah yang dipungut akan ditimbus ke dalam lubang yang disediakan tetapi masalah timbul apabila kontraktor menghentikan operasi.

Beliau menggesa MBAS mengambil tindakan segera termasuk menyewa jentera untuk mengatasi masalah berkenaan.

Katanya, selain pencemaran alam sekitar keadaan yang berlaku itu boleh mengundang kepada pembiakan wabak penyakit seperti denggi, taun dan malaria.

Beliau menggesa kerajaan menubuhkan jawatan kuasa audit dalaman untuk menyiasat masalah pengurusan kewangan MBAS sehingga menyebabkan agensi itu menghadapi masalah kewangan yang kritikal.

Selain itu, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan bin Abdul Razak untuk menggesa kerajaan negeri bertegas dengan MBAS yang gagal bertindak terhadap masalah itu walaupun pernah dilaporkan akhbar.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Abdul Mukthi Abdullah ketika dihubungi berkata pihaknya dalam proses mendapatkan kontraktor baru untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Selasa, 12 Ogos 2008


Saya mengucapkan selamat bermuktamar kepada seluruh perwakilan Muktamar Tahunan PAS pada tahun ini.

Muktamar Tahunan PAS pada tahun ini berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Muktamar kali ini dijangka menarik perhatian umum disebabkan oleh kemenangan besar yang dicapai oleh Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum baru-baru ini.

Berikut adalah butir mengenai muktamar:

1. Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat (13 Ogos 2008), Stadium Indera Mulia, Ipoh.
2. Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat (14 Ogos 2008), Dewan Perbandaran Ipoh
3. Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat (14 Ogos 2008), Hotel Hill City, Ipoh
4. Muktamar Tahunan PAS Pusat (15 - 17 Ogos 2008), Stadium Indera Mulia, Ipoh

Klik untuk Ucapan Dasar Presiden PAS.

Klik untuk ke Laman Rasmi Muktamar Tahunan PAS.

Sekitar Perlawanan Piala DUN

Sekitar  Perlawanan Piala DUN