Selamat Datang Ke Laman Blog YB. Ustaz Ahmad Izzat Shauki, Adun Bukit Lada. MARI BERSAMA !!!

Sumbangan Dana Bantuan Kebajikan DUN Bukit Lada

Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR ) Bukit Lada Mengalu-alukan Sumbangan Dari Orang Ramai Untuk Dana Bantuan Kebajikan Untuk Disumbangkan Kepada Golongan Yang memerlukan Dalam Kawasan DUN Bukit Lada. Sesiapa yang Ingin Memberi Sumbangan, Bolehlah Menghubungi Setiausaha Kerja PKWR Bukit Lada, Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin 019-5556987

DANA BANTUAN PESAKIT JANTUNG
Sumbangan Dari Pelbagai pihak amat diperlukan untuk membantu Adik Muhammad Azan Samsudin, 14 untuk menjalani Pembedahan Jantung di Institut Jantung Negara ( IJN ) pada 24 Mac 2010.Sebarang pertanyaan dan Sumbangan anda bolehlah menghubungi Pegawai Khas YB Adun Bukit Lada, Shahrulruddin Musa 019-5230408


Isnin, 25 Januari 2010

Sumbangan di Pekan Pokok Sena

Menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan

YB menyampaikan sumbangan berupa keperluan harian

YB bertanya khabar dengan salah seorang bekas anggota keselamatan negara
Program Ziarah Rakyat
24 Januari - YB Ustaz Ahmad Izzat meneruskan kesinambungan Program Mesra Rakyat menziarahi penduduk dan rakyat di sekitar kawasan DUN Bukit Lada. Pada minggu ini, YB Ustaz telah menziarahi Kampung Bukit Pak Kiau. Kesempatan kali ini, YB Ustaz telah menziarahi seorang penduduk bertaraf OKU dan menghulurkan sumbangan barangan keperluan. YB juga berkesempatan menziarahi salah seorang bekas anggota keselamatan negara ketika menentang penjajahan. Turut serta pada program kali ini adalah Ketua Kampung, Kampung Bukit Pak Kiau, Encik Mat Din ( Pak Lang Mat Din )

2 Comments:

  1. Kedahlanie said...
    YB dengaq kata kat kg sebelah jabi dok merungut YB tak pie ziarah..

    depa kata tau la sini kubu kuat PAS.. takan dah ta buat kesah kot.. UMNO hari2 mai dok berdempek disini... org kuat kat kg dah tak tau nak ngelak jawab camna bila kena kenen dgn org UMNO..YB hangpa pie mana...

    tolong tengok sat luahan rakyat nie...

    p/s: sekadar meyampaikan apa yg diluahkan oleh rakyat pada kami...
    is150 said...
    Tahniah YB, semoga Allah berkati usaha-usaha sebegini... Insya-Allah

Post a Comment



Sekitar Perlawanan Piala DUN

Sekitar  Perlawanan Piala DUN