Selamat Datang Ke Laman Blog YB. Ustaz Ahmad Izzat Shauki, Adun Bukit Lada. MARI BERSAMA !!!

Sumbangan Dana Bantuan Kebajikan DUN Bukit Lada

Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR ) Bukit Lada Mengalu-alukan Sumbangan Dari Orang Ramai Untuk Dana Bantuan Kebajikan Untuk Disumbangkan Kepada Golongan Yang memerlukan Dalam Kawasan DUN Bukit Lada. Sesiapa yang Ingin Memberi Sumbangan, Bolehlah Menghubungi Setiausaha Kerja PKWR Bukit Lada, Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin 019-5556987

DANA BANTUAN PESAKIT JANTUNG
Sumbangan Dari Pelbagai pihak amat diperlukan untuk membantu Adik Muhammad Azan Samsudin, 14 untuk menjalani Pembedahan Jantung di Institut Jantung Negara ( IJN ) pada 24 Mac 2010.Sebarang pertanyaan dan Sumbangan anda bolehlah menghubungi Pegawai Khas YB Adun Bukit Lada, Shahrulruddin Musa 019-5230408


Khamis, 21 Januari 2010

Bersama Pemuda Kampung Nawa dan Kampung Kuan Buang

Menyerahkan sumbangan di Kampung Kubang Besar


Sumbangan Papan Karom dan Bola di Kampung Kubang Besar



Menziarahi Rakyat.
20 Januari - Program mingguan YB Ustaz Ahmad Izzat, Program Mesra Rakyat diteruskan pada minggu ini. Pada kesempatan kali ini, YB Ustaz menziarahi dua buah kampung di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Bukit Lada, iaitu Kampung Kubang Besar dan Kampung Nawa. YB Ustaz telah menyerahkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan berupa barang keperluan harian. Selain itu, YB Ustaz juga menyerahkan sumbangan papan karom kepada pemuda di dua buah kampung. Para penduduk yang ditemui merasa gembira dengan kehadiran YB Ustaz. Selain meninjau permasalahan mereka, kesempatan kali ini juga untuk mengeratkan hubungan di antara penduduk dan wakil rakyat mereka. Turut hadir pada program mingguan ini adalah Ketua Kampung, Kampung Kubang Besar, Encik Zakaria dan Ketua Kampung, Kampung Nawa dan Kampung Kuan Buang, Encik Abdul Halim.


1 Comment:

  1. is150 said...
    tahniah YB... teruskan usaha dengan pelbagai lagi program rakyat.

Post a Comment



Sekitar Perlawanan Piala DUN

Sekitar  Perlawanan Piala DUN