Khamis, 26 November 2009
Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Korban kepada muslimin muslimat .
Di dalam perayaan ini banyak iktibar yang boleh diambil bagi membina diri kita kea rah menjadi manusia yang bertaqwa .
Sudah pasti pengorbanan Nabi Ibrahim sekeluarga menjadi contoh kepada kita .Nabi Ibrahim yang diuji oleh Allah dengan pelbagai jenis arahan dan larangan namun beliau berjaya melaksanakan segala ujian tersebut sehingga mendapat pujian daripada Allah .
Kesanggupan Siti Hajar untuk ditinggalkan bersendirian bersama anaknya yang masih kecil adalah merupakan satu contoh terbaik kepada ibu – ibu untuk bersabar dalam menghadapi ujian daripada Allah .Sudah pasti keyakinan melaksanakan perintah Allah pasti akan mendapat bantuan dan pertolongan Allah.
Moga ibadah Qurban yang dilaksanakan mencerminkan ketaqwaan kita kepada Allah sehingga sanggup berkorban apa saja untuk agama Allah .
Kepada para pemuda ,ketaatan Nabi Ismail kepada segala arahan Allah sepatutnya menjadi model kepada kita