Selamat Datang Ke Laman Blog YB. Ustaz Ahmad Izzat Shauki, Adun Bukit Lada. MARI BERSAMA !!!

Sumbangan Dana Bantuan Kebajikan DUN Bukit Lada

Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR ) Bukit Lada Mengalu-alukan Sumbangan Dari Orang Ramai Untuk Dana Bantuan Kebajikan Untuk Disumbangkan Kepada Golongan Yang memerlukan Dalam Kawasan DUN Bukit Lada. Sesiapa yang Ingin Memberi Sumbangan, Bolehlah Menghubungi Setiausaha Kerja PKWR Bukit Lada, Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin 019-5556987

DANA BANTUAN PESAKIT JANTUNG
Sumbangan Dari Pelbagai pihak amat diperlukan untuk membantu Adik Muhammad Azan Samsudin, 14 untuk menjalani Pembedahan Jantung di Institut Jantung Negara ( IJN ) pada 24 Mac 2010.Sebarang pertanyaan dan Sumbangan anda bolehlah menghubungi Pegawai Khas YB Adun Bukit Lada, Shahrulruddin Musa 019-5230408


Jumaat, 10 Oktober 2008

Sumbangan Eidul Fitri di Pokok Sena


Oleh Izwan Abdul Halim

POKOK SENA: Antara hikmah dan pengajaran yang terkandung di dalam bulan Ramadhan ialah golongan berada dan berkuasa membantu golongan miskin dan lemah.

Kerana itulah Ramadhan juga digelar Syahrul Muwasah oleh Baginda Nabi SAW, iaitu bulan untuk tolong-menolong di mana terdapatnya galakan untuk bersedekah, memberi makan orang berbuka puasa serta kewajipan menunaikan zakat fitrah.

“Hatta anak kecil sekalipun diwajibkan zakat fitrah. Supaya hikmahnya, mereka yang berada dapat berkongsi rasa dengan mereka yang tidak berada,” jelas Adun Bukit Lada, YB Ustaz Ahmad I’zzat Mohamad Shauki semasa berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Fakir Miskin di Kampung Pak Kiaw, di sini 19 September lalu.

Menurut beliau, antara manusia ini ada dilebihkan rezekinya dan ada pula yang kurang. Semua itu terangnya, diatur oleh Allah SWT supaya terbina kekuatan sebagai satu ummah.

Maka tegas YB Ustaz Ahmad I’zzat, perkara yang sama juga menjadi tuntutan kepada sebuah pemerintahan di mana kerajaan bertanggungjawab membantu rakyat. Bagaimanapun katanya, situasi kini menunjukkan rakyat pula yang dibebani pemerintah.

Beliau memberikan contoh dengan menyifatkan harga minyak yang masih tinggi di negara ini walaupun di pasaran dunia telah turun ke paras USD91 setong, bermakna rakyat sedang ‘membayar subsidi’ kepada kerajaan.

Seramai 120 fakir miskin dalam Dun Bukit Lada menerima sumbangan pada majlis tersebut yang disampaikan oleh YB Ustaz Ahmad I’zzat dan Adun Bukit Pinang, YB Tuan Haji Md Rohsidi Osman. Turut hadir dan menyerahkan sumbangan pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Tuan Haji Mahfuz Omar.

Sementara itu, dalam majlis sama yang diadakan di Pekan Langgar di sini, seramai 100 fakir miskin dalam Dun Bukit Pinang menerima sumbangan yang disampaikan oleh ketiga-tiga Ahli Yang Berhormat berkenaan.





0 Comments:

Post a Comment



Sekitar Perlawanan Piala DUN

Sekitar  Perlawanan Piala DUN