Selamat Datang Ke Laman Blog YB. Ustaz Ahmad Izzat Shauki, Adun Bukit Lada. MARI BERSAMA !!!

Sumbangan Dana Bantuan Kebajikan DUN Bukit Lada

Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR ) Bukit Lada Mengalu-alukan Sumbangan Dari Orang Ramai Untuk Dana Bantuan Kebajikan Untuk Disumbangkan Kepada Golongan Yang memerlukan Dalam Kawasan DUN Bukit Lada. Sesiapa yang Ingin Memberi Sumbangan, Bolehlah Menghubungi Setiausaha Kerja PKWR Bukit Lada, Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin 019-5556987

DANA BANTUAN PESAKIT JANTUNG
Sumbangan Dari Pelbagai pihak amat diperlukan untuk membantu Adik Muhammad Azan Samsudin, 14 untuk menjalani Pembedahan Jantung di Institut Jantung Negara ( IJN ) pada 24 Mac 2010.Sebarang pertanyaan dan Sumbangan anda bolehlah menghubungi Pegawai Khas YB Adun Bukit Lada, Shahrulruddin Musa 019-5230408


Rabu, 23 Julai 2008

Alhamdulillah program sukan bolasepak DUN dapat diadakan dengan jayanya dengan penyertaan sebanyak 72 pasukan pada 18 dan 19 Julai yang lalu. Pertamanya, sekalung tahniah atas usaha dan kerja kuat jawatankuasa pelaksana yang bertungkus-lumus menjayakan program tersebut. Tahniah kepada Ust Abdullah Lebai Hassan selaku pengarah dan Ad-Hocnya. Moga kita dapat jayakan lagi pada masa akan datang.

Majlis ini telah dirasmikan pembukaannya oleh YB. Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena.

Apa yang saya gembira adalah penglibatan semua kaum sama ada pelbagai bangsa yang pastinya mengeratkan perpaduan dan semangat muhibbah. Melalui program sukan ini, ia boleh menjadikan asas bagi menyatukan masyarakat setempat dalam kehidupan bermasyarakat. Penganjuran ini juga memperlihatkan kerjasama dan sokongan semua pihak termasuk daripada Pejabat Daerah dan semua bagi menjayakannya. Diharapkan kerjasama dan semangat yang ditunjukkan ini dapat diterjemahkan dalam kehidupan bermasyarakat sesuai dengan moto kerajaan negeri iaitu "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua".

Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada urusetia dan tahniah kepada Johan dari Pasukan Veteran Pokok Pauh dan tahniah kepada semua pasukan yang menyertai pertandingan tersebut. Moga di lain kali kita dapat jayakan bersama.











Selasa, 22 Julai 2008

Lawatan Ke KIDU

Hari ini saya melawat dan singgah sebentar di Kolej Islam Darul Ulum untuk melihat dan berbincang perkembangan semasa dengan pensyarah dan kakitangan di sana.



KIDU seperti yang sedia maklum di dalam kawasan saya iaitu Dun Bukit Lada dan saya rasa bertanggungjawab mengetahui permasalahannya termasuk Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU) yang mana saya adalah salah seorang ahli Lembaga Tadbirnya.

Institusi yang diasaskan oleh al-Marhum Dato' Fadhil Mohd Noor bagi saya amat perlu dan sewajarnya saya bersama dengan mereka dalam memperkasakan institusi pendidikan ummah ini. Saya mengajak semua agar bersama dalam memperkasakan institusi pendidikan ummah ini.

Khamis, 17 Julai 2008

Saya telah berkesempatan untuk hadir ke Majlis Ihtifal SMIDU kali ke 13 atas undangan pihak sekolah.

SMIDU adalah merupakan sebuah sekolah agama rakyat (SAR) yang telah diasaskan oleh alMarhum Dato' Fadzil Mohd Noor.

Majlis yang diraikan gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Haji Azizan bin Abdul Razak, Menteri Besar Kedah. Majlis ini diadakan bagi meraikan anak-anak pelajar SMIDU yang telah berjaya dengan cemerlang di dalam bidang akademik dan ko-kurikulum bagi tahun 2007.

SMIDU yang saya lihat kini semakin berkembang pesat dan mendapat sambutan umum. Saya melahirkan rasa syukur kerana sebuah sekolah seumpama ini yang sama-sama dibina oleh ummah atas derma dan sumbangan tenaga orang ramai ini masih terus utuh dalam misi dan visinya untuk melahirkan Ulama' 'Amilin Pewaris Anbiya'.

Moga SMIDU terus releven dan kekal mengharungi dunia pendidikan Islam. InsyaAllah.

Maklumat lanjut layari www.smidu.kidu.com.my





Selasa, 8 Julai 2008

Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Bukit Lada telah membantu beberapa orang penduduk di Dun Bukit Lada untuk membaiki rumah mereka yang daif supaya mereka dapat sedikit keselesaan untuk mendiami rumah mereka.


RUMAH PUAN NORHAYATI

Sebelum


Selepas



RUMAH ENCIK SHAMSUDDIN

Sebelum


Selepas



Isnin, 7 Julai 2008

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Lada akan menganjurkan Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Piala ADUN Bukit Lada.

Butir mengenai pertandingan tersebut :

TARIKH : 18 - 19 JULAI 2008
TEMPAT : PADANG BELIA POKOK SENA
MASA : 8.00 PAGI

Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut :

JOHAN : RM 1000
NAIB JOHAN : RM 700
KETIGA : RM 400
KEEMPAT : RM 300
Penjaring terbanyak
Pemain Terbaik Pertandingan

Yuran penyertaan pula adalah RM 60.00 sahaja sepasukan.

Selain itu, pihak penganjur akan menghadiahkan 15 tiket percuma kepada pasukan yang menjadi Johan dalam pertandingan ini untuk menonton Perlawanan Akhir Piala Malaysia sekiranya pasukan Kedah mara ke perlawanan final.


Maklumat lanjut sila hubungi pihak Urusetia, Encik Azman (019-5440877)

Program Israk dan Mikraj

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Bukit Lada akan menganjurkan Program Israk Mikraj pada 17 Julai 2008 ini.

Berikut adalah butir mengenai majlis tersebut :

TEMPAT : MASJID AN-NUR, POKOK SENA
TARIKH : 17 JULAI 2008
HARI : KHAMIS
MASA : SELEPAS MAGHRIB

Manakala pengisian untuk majlis tersebut ialah :

Tajuk : SOLAT MENJANA KECEMERLANGAN UMMAH
Penceramah : YB. Ustaz Ahmad Izzat bin Shauki, ADUN Bukit Lada

Tajuk : Paparan Gejala Sosial Dewasa Ini
Penceramah : Ustaz Muhd. Hafiz bin Mustafa Lubis, MTI Derang

Tajuk : SOLAT ITU TIANG AGAMA (Kuliah Subuh)
Penceramah : Ustaz Majid bin Abu Bakar, MTI Derang

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir beramai-ramai ke majlis ini.

Sekitar Perlawanan Piala DUN

Sekitar  Perlawanan Piala DUN