Selamat Datang Ke Laman Blog YB. Ustaz Ahmad Izzat Shauki, Adun Bukit Lada. MARI BERSAMA !!!

Sumbangan Dana Bantuan Kebajikan DUN Bukit Lada

Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR ) Bukit Lada Mengalu-alukan Sumbangan Dari Orang Ramai Untuk Dana Bantuan Kebajikan Untuk Disumbangkan Kepada Golongan Yang memerlukan Dalam Kawasan DUN Bukit Lada. Sesiapa yang Ingin Memberi Sumbangan, Bolehlah Menghubungi Setiausaha Kerja PKWR Bukit Lada, Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin 019-5556987

DANA BANTUAN PESAKIT JANTUNG
Sumbangan Dari Pelbagai pihak amat diperlukan untuk membantu Adik Muhammad Azan Samsudin, 14 untuk menjalani Pembedahan Jantung di Institut Jantung Negara ( IJN ) pada 24 Mac 2010.Sebarang pertanyaan dan Sumbangan anda bolehlah menghubungi Pegawai Khas YB Adun Bukit Lada, Shahrulruddin Musa 019-5230408


Isnin, 26 April 2010

Dr Ismail Salleh , Exco Kerajaan negeri Kedah menyampaikan ucapan pada majlis tersebut

Ketua - ketua jabatan , para imam dan MKK seluruh daerah Pokok Sena hadir bagi mendengar taklimat penerangan tersebut yang diadakan di Masjid Annur , masjid Daerah Pokok Sena .

Saya turut hadir dalam najlis tersebut.Tujuan program ini ialah untuk mendedahkan perkembangan kerajaan Kedah kepada rakyat .Kerana kebiasaannya media arus perdana memberikan gambaran negatif terhadap kerajaan Kedah.


Ahad, 25 April 2010

ZIARAH MANGSA RIBUT








Pada 16.4.2010 yang lalu , hampir waktu maghrib ribut telah melanda Kg Nawa , Kubang Besar, Kg Kolam , Gua Ginu dan Kg Kepala Bendang serta Kuala Lanjut yang telah mengakibatkan 27 buah rumah ,Alahamdulillah tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku .Terdapat beberapa buah rumah yang teruk dilanda ribut .Moga mangsa yang ditimpa ribut bersabar dengan ujian Allah .Saya bersama setiausaha Dewan Pemuda Kawasan Pokok Sena ,Abd rasyid Sherif melawat mangsa ribut dan menyampaikan sumbangan .







Rabu, 14 April 2010






Alhamdulillah , saya berkesempatan melawat peruasahaan kulat .Tempat tersebut dimiliki oleh Tn Hj Abd Rahman yang baru pulang dari timur tengah .Beliau mengusahakan industri kulat di Kampung Pokok Pauh .Pasarannya kini di Pasar Besar Alor setar sehingga ke Pulau Langkawi .Namun beliau mengakui kemampuan yang ada tidak mampu menampung permintaan pelanggan .Saya dan rombongan berkesempatan menikmati cucur kulat dan serondeng kulat .
Beliau juga membeli mesin untuk menghasilkan kerepek daripada buah - buahan seperti nangka dan rambutan untuk membantu penduduk kampung yang mempunyai buah - buahan yang berlebihan .


Saya bersama peg khas MP Pokok Sena Zulkifli Ismail ,Ketua Kampung dan peg khas ADUN meluangkan masa menziarahi sdr mat Arof yang rumahnya hangus dijilat api pada jam 10 pagi tadi .Saya mengucapkan takziah kepada beliau sekeluarga diatas musibah ini.Moga kesabaran mengiringi musibah ini.Turut kelihatan sdr Noran , pegawai JASA Dun Bukit Lada .Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat turut hadir untuk menyampaikan bantuan segera.Sdr Mat Arof adalah JKKKP Lubuk Keriang .

Rabu, 7 April 2010

Hari ini saya bersama ,Peg khas ,Che Mat Awang , sdr Kamarudin dan Jamaludin ke Lancuhk Emat menziarahi beberapa golongan warga emas dan para pesakit .Moga yang sakit disembuhkan Allah .Selepas itu saya bersama rombongan ke Kg bukit Lada menziarahi golongan fakir miskin san sebagainya .Saya menyampaikan sumbangan hasil sumbangan zakat dan derma sahabat - sahabat saya yang dermawan .Moga sumbangan kalian dihitung amal soleh oleh Allah .





Pada 5.4.2010 Isnin malam yang lalu, saya bersama guru bahasa Inggeris , Mohd Firdaus Salleh ke MTI Derang bagi melancarkan Kelab Bahasa Inggeris di MTI Derang .Kelab yang julnug - julung kalinya diwujudkan ini diharapkan mampu menjadi perintis kepada para pelajar di MTI derang yang mendalami ilmu Islam menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medan menyampaikan dakwah Islam kepada masyarakat sekaligus mampu menangkis segala tohmahan musiuh Islam . Saya mengharapkan para pelajar yang terlibat tekun dan sabar dalam mempelajari Bahasa Inggeris . Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada Mudir Am MTI Ustaz Abd Majid Bakar kerana berjaya mewujudkan kelab ini dan juga kepada sahabat saya Mohd Firdaus salleh yang bertungkus lumus menjayakan kelab ini .


Mohd Firdaus sedang memberikan taklimat pada majlis pelancaran kelab tersebut.Nampak saja macam tu , tapi sebenarnya kelulusan dari Manchester . Jazakumullah.

Jumaat, 2 April 2010

menziarahi JKKP JABI





Saya mengambil kesempatan menziarahi beberapa orang pesakit dan warga emas di Kampung Bendang ,Jabi pada 1 April 2010 Khamis .Di kesempatan ini saya dapat mendekati sendiri mesyarakat kampung untuk merasai sendiri apa yang mereka rasakan .Bersama rombongan saya ialah Peg. Khas ADUN ,Ketua dan SU Cawangan PAS Jabi , serta Ketua Kampung Kg Bendang ,Jabi.

Sabtu, 6 Mac 2010






Lawatan Di Kampung Kelut.
YB Ustaz Ahmad Izzat telah meluangkan masa menziarahi dan beramah mesra di Kampung Kelut di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Bukit Lada. Sebelum itu, beliau juga telah menunaikan solat jumaat di Masjid Kampung ini. Susai solat jumaat, YB telah menziarahi beberapa rumah dan menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Di akhir program ini, YB Ustaz telah menyampaikan sumbangan bola sepak dan karom kepada pemuda di kampung ini. Penduduk yang ditemui mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Ustaz atas keprihatinan beliau mengjenguk dan mendengar permasalahan penduduk kampung.

Selasa, 9 Februari 2010

YB beramah mesra bersama penduduk kampung

Sumbangan kelengkapan kenduri

YB Ustaz Izzat mewakili Exco Kedah, YB Tuan Haji Abdullah Jusoh menyampaikan sumbangan kerusi roda.
YB Ustaz Ahmad Izzat telah berkesempatan menziarahi penduduk di Kampung KEDA Batu 20 dalam kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Bukit Lada. Pada kesempatan kali ini, YB Ustaz telah mewakili YB Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Tuan Haji Abdullah Jusoh untuk menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada salah seorang OKU di kampung ini. YB Ustaz juga telah memberi sumbangan kelengkapan kenduri berupa set hidangan makanan, pinggan dan mangkuk untuk kegunaan ketika menganjurkan jamuan oleh penduduk kampung KEDA ini. Majlis ini juga dihadiri oleh Ketua Kampung Batu 20, Encik Abd Ghani Ahmad

Selasa, 2 Februari 2010

Sumbangan Bola kepada Pemuda Kampung Kiew
Ucapan semangat kepada Pemuda Kampung Kiew
YB menyerahkan sumbangan

Menaiki motor meninjau permasalahan penduduk Kampung Kiew

Sumbangan kepada Aktivis PAS
Lawatan Ke Kampung Kiew.
YB Ustaz Ahmad Izzat meluangkan masa menziarahi warga Kampung Kiew pada minggu ini. Pada program ini, YB Ustaz meluangkan masa menziarahi 2 orang aktivis PAS dan menyampaikan sumbangan mengenang jasa mereka. Selain itu, YB Ustaz meluangkan masa bersama pemuda kampung ini dan menyampaikan ucapan menaikkan semangat mereka sebagai orang muda. YB Ustaz juga sudi menyampaikan sumbangan bola kepada mereka untuk kegunaan pemuda kampung ini bermain.

Isnin, 25 Januari 2010

Sumbangan di Pekan Pokok Sena

Menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan

YB menyampaikan sumbangan berupa keperluan harian

YB bertanya khabar dengan salah seorang bekas anggota keselamatan negara
Program Ziarah Rakyat
24 Januari - YB Ustaz Ahmad Izzat meneruskan kesinambungan Program Mesra Rakyat menziarahi penduduk dan rakyat di sekitar kawasan DUN Bukit Lada. Pada minggu ini, YB Ustaz telah menziarahi Kampung Bukit Pak Kiau. Kesempatan kali ini, YB Ustaz telah menziarahi seorang penduduk bertaraf OKU dan menghulurkan sumbangan barangan keperluan. YB juga berkesempatan menziarahi salah seorang bekas anggota keselamatan negara ketika menentang penjajahan. Turut serta pada program kali ini adalah Ketua Kampung, Kampung Bukit Pak Kiau, Encik Mat Din ( Pak Lang Mat Din )

Khamis, 21 Januari 2010

Bersama Pemuda Kampung Nawa dan Kampung Kuan Buang

Menyerahkan sumbangan di Kampung Kubang Besar


Sumbangan Papan Karom dan Bola di Kampung Kubang Besar



Menziarahi Rakyat.
20 Januari - Program mingguan YB Ustaz Ahmad Izzat, Program Mesra Rakyat diteruskan pada minggu ini. Pada kesempatan kali ini, YB Ustaz menziarahi dua buah kampung di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Bukit Lada, iaitu Kampung Kubang Besar dan Kampung Nawa. YB Ustaz telah menyerahkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan berupa barang keperluan harian. Selain itu, YB Ustaz juga menyerahkan sumbangan papan karom kepada pemuda di dua buah kampung. Para penduduk yang ditemui merasa gembira dengan kehadiran YB Ustaz. Selain meninjau permasalahan mereka, kesempatan kali ini juga untuk mengeratkan hubungan di antara penduduk dan wakil rakyat mereka. Turut hadir pada program mingguan ini adalah Ketua Kampung, Kampung Kubang Besar, Encik Zakaria dan Ketua Kampung, Kampung Nawa dan Kampung Kuan Buang, Encik Abdul Halim.


Ahad, 17 Januari 2010


KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.K. (Brunei), D.P. (Sarawak), D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S., D.G.M.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adiprana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John.

SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Merafak sembah Setinggi-tinggi Tahniah
Sempena Menyambut Hari Keputeraan
KeBawah Duli Yang Maha Mulia
AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
Yang ke 82
Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku
Ikhlas Dari : YB ADUN Bukit Lada, PKWR Bukit Lada dan Rakyat Jelata dibawah naungan Tuanku Sultan Kedah di Kawasan DUN Bukit Lada

Sekitar Perlawanan Piala DUN

Sekitar  Perlawanan Piala DUN