Selamat Datang Ke Laman Blog YB. Ustaz Ahmad Izzat Shauki, Adun Bukit Lada. MARI BERSAMA !!!

Sumbangan Dana Bantuan Kebajikan DUN Bukit Lada

Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR ) Bukit Lada Mengalu-alukan Sumbangan Dari Orang Ramai Untuk Dana Bantuan Kebajikan Untuk Disumbangkan Kepada Golongan Yang memerlukan Dalam Kawasan DUN Bukit Lada. Sesiapa yang Ingin Memberi Sumbangan, Bolehlah Menghubungi Setiausaha Kerja PKWR Bukit Lada, Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin 019-5556987

DANA BANTUAN PESAKIT JANTUNG
Sumbangan Dari Pelbagai pihak amat diperlukan untuk membantu Adik Muhammad Azan Samsudin, 14 untuk menjalani Pembedahan Jantung di Institut Jantung Negara ( IJN ) pada 24 Mac 2010.Sebarang pertanyaan dan Sumbangan anda bolehlah menghubungi Pegawai Khas YB Adun Bukit Lada, Shahrulruddin Musa 019-5230408


Ahad, 10 Ogos 2008

POKOK SENA, 9 Ogos - Suatu dialog antara kaum Cina Pokok Sena bersama ADUN Bukit Lada dan Ahli Parlimen Pokok Sena telah diadakan di Dewan Persatuan Bomba Sukarela Pokok Sena, Kedah Darul Aman.

Dialog yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Bukit Lada ini adalah bertujuan untuk mendengar luahan dan permasalahan penduduk khususnya penduduk kaum Cina di Pokok Sena.

Acara yang bermula pada jam 8.55 malam ini dipengerusikan oleh Saudara Shahrulruddin bin Musa, Pengerusi PKWR Dun Bukit Lada.

Majlis ini dihadiri oleh YB. Tuan Haji Mahfuz bin Omar selaku Ahli Parlimen Pokok Sena dan YB. Ustaz Ahmad Izzat bin Shauki. Turut menghadiri adalah Ahli Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) iaitu Encik Che Ali bin Abdullah dan Encik Sinarwahi bin Abdul Rahman.

Majlis turut dihadiri oleh pimpinan PAS Kawasan Pokok Sena, pimpinan PAS Dun Bukit Lada, dan juga pimpinan masyarakat Cina Pokok Sena.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Encik Che Ali bin Abdullah. Dalam ucapan beliau menyatakan bahawa pihak MBAS sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan segala permasalahan yang berlaku dapat diatasi. Antara masalah utama penduduk di sini adalah sampah yang tidak dikutip oleh MBAS dan juga sistem perparitan yang tidak sempurna.

Dalam ucapan tersebut, beliau turut menyatakan bahawa pihak MBAS menghadapi masalah kekurangan wang untuk melaksanakan sebarang operasi. Namun, beliau berjanji untuk sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini.

“Pihak MBAS kini hanya mempunyai 30 buah lori sampah sahaja. 20 buah daripadanya telah pun rosak, yang tinggal hanya 10 buah sahaja. Itu pun terpaksa mengutip sampah dari kawasan Kota Sarang Semut hinggalah ke kawasan Pokok Sena, kawasan yang cukup luas untuk diuruskan dengan 10 lori sampah sahaja”, ujar beliau.

Majlis diteruskan dengan ucapan dari YB. Ustaz Ahmad Izzat. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penduduk yang telah memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum baru-baru ini.

Beliau turut berjanji untuk membantu menyelesaikan permasalahan penduduk. Beliau menyatakan Kerajaan Negeri Kedah sedang berusaha untuk memberikan perkhidmatan dan kehidupan yang selesa kepada semua penduduk Negeri Kedah, sesuai dengan moto negeri iaitu Kedah Sejahtera.

Beliau mengharapkan semua penduduk dapat bersabar kerana dengan hanya 5 bulan memerintah, tidak banyak yang dapat dilakukan oleh kerajaan negeri dalam masa yang sesingkat ini. Kerajaan terpaksa menanggung hutang yang telah ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah Kedah selama 50 tahun.

“Kita terpaksa menanggung hutang yang telah ditinggalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional terdahulu “, ujar beliau.

“Hutang yang ditinggalkan adalah sebanyak kira-kira RM 2.4 bilion yang mana kalau dikira berdasarkan kepada bilangan penduduk Kedah seramai 1.9 juta orang, setiap orang berhutang kira-kira RM 11,000 setiap orang”, ujar beliau lagi.

Beliau turut menambah bahawa kerajaan sebelum ini hanya mendapat hasil RM 500 sahaja dari seekar tanah kawasan pembalakan. Ini berbeza setelah kerajaan Pakatan Rakyat memerintah telah mendapat hasil sebanyak RM 10,000 seekar, suatu nilai yang jauh berbeza.

Manakala dalam ucapan YB. Tuan Haji Mahfuz Omar, beliau turut berusaha dan berjanji sedaya upaya untuk memastikan penduduk kawasan Pokok Sena mendapat keselesaan dalam kehidupan seharian.

Beliau turut mengatakan bahawa kerajaan Negeri Kedah yang baharu memerintah 5 bulan ini tidak mempunyai magik untuk melakukan semua perkara serta merta dan mengharapkan semua penduduk dapat bersabar.

Beliau juga ada menyebutkan bahawa kuasa yang ada kerajaan negeri adalah terhad berbanding kuasa yang dimiliki oleh kerajaan pusat. Beliau mengharapkan suatu hari nanti kuasa kerajaan pusat dapat berpindah ke kerajaan Pakatan Rakyat.

Kerajaan Kedah katanya sedang dalam proses untuk mewujudkan Skim Takaful Kifalah seperti yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Kelantan. Skim ini menyediakan bantuan kewangan urusan pengkebumian kepada keluarga si mati.

Dalam sesi soal jawab, seorang penduduk menanyakan tentang masalah perparitan yang mereka harapkan kerajaan Kedah yang baharu ini dapat menyelesaikannya seberapa segera yang mungkin.

Majlis dialog ini berakhir pada jam 10.30 malam. YB. Tuan Haji Mahfuz juga turut mengalu-alukan mana-mana pihak untuk menganjurkan majlis seumpama ini dengan lebih kerap supaya sebarang masalah dapat dibincangkan dan diselesaikan dengan baik.









1 Comment:

  1. Ini Aku said...
    Tahniah untuk PKWR Bukit Lada. Harapnya penganjuran sebegini diusahakan dengan lebih kerap dan melibatkan semua komposisi kaum. Sasaran dan tanggungjawab tu luas. Jadi janganlah di kejarkan yang sempit.

Post a Comment



Sekitar Perlawanan Piala DUN

Sekitar  Perlawanan Piala DUN