Ahad, 22 Mac 2009
YB Ustaz Ahmad Izzat telah meluangkan masa untuk bertemu rakyat menyelami permasalahan mereka di samping menyampaikan sumbangan kepada pihak yang memerlukan. Di dalam kesibukan, beliau tidak menghampakan harapan rakyat untuk mengadu segala permasalahan. Baru-baru ini, beliau sempat menyampaikan sumbangan kerusi roda di Taman Seri Gading dan menyampaikan sumbangan jersi dan bola kepada pemuda Kampung Pokok Pauh.
Wakil Pemuda Kampung Pokok Pauh menerima sumbangan Jersi dari YB. sambil diperhatikan Ketua Kampung Haji Zainol Abidin Bin Mat.
Label: Berita Dun Bukit Lada, Turun Padang
Tuanku berjiwa rakyat, daulat Tuanku.15 Mac 2009, bertempat di Markas PAS Pokok Sena, Langgar, Kebawah Duli Tuanku Sultan Kedah bersama Kebawah Duli Tuanku Sultanah Kedah telah mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan anakanda YB Dato' Roshidi Osman, ADUN Bukit Pinang .Keberangkatan Baginda di sambut oleh Pengantin berdua bersama kedua ibu bapa serta AJK PAS kawasan Pokok Sena serta Menteri Besar Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri .Rakyat Pokok Sena merasa bertuah kerana dapat melihat Tuanku berdua dari dekat dalam suasana yang penuh ceria dalam majlis yang penuh bermakna itu. Masyarakat setempat tidak melepaskan peluang untuk berkunjung menghadiri jamuan kenduri yang disediakan oleh Tuan Rumah disamping dapat beramah mesra dengan Tuanku Sultan dan Sultanah yang berjiwa rakyat ini

Ini adalah kali kedua Baginda telah turun mencemar Duli ke Daerah Pokok Sena, malam Jumaat lepas Baginda telah mencemar Duli merasmikan Masjid An Nur , Pekan Pokok Sena yang dijadikan Masjid Daerah Pokok Sena.Kebawah Duli Tuanku Sultan adalah seorang Sultan yang amat prihatin dengan rakyat di Kedah ini kerana baginda merupakan seorang raja yang banyak pengalaman didalam pentadbiran Negeri Kedah .

Tahun lepas rakyat Kedah bergembira menyambut Jubli Emas pemerintahan Baginda di Kedah ini.Moga Allah lanjutkan usia Kebawah Duli Tuanku berdua dalam keadaan sihat walafiat.Daulat Tuanku.
Label: Berita Dun Bukit Lada, Berita Kedah
Khamis, 12 Mac 2009
Keperihatinan YB Ustaz Ahmad Izzat terhadap permasalahan rakyat dengan turun padang untuk meninjau kebajikan rakyat di kawasan DUN Bukit Lada. Kesibukan beliau tidak menghalang dari menjenguk mereka yang memerlukan khidmat beliau.
Pada 5 Mac yang lalu, YB melawat mangsa ribut yang menerbangkan sebahagian bumbung rumah salah seorang penduduk di Kampung Padang Rezab. Seterusnya, beliau meluangkan masa menziarahi rakyat di Kampung Panchur selain menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pemuda kampung tersebut. Beliau bersama warga kampung menaiki motorsikal mengelilingi kampung tersebut disamping bertanya khabar warga penduduk disitu. Pada sebelah malam, beliau telah menyampaikan ceramah isu-isu semasa di Kampung Padang berikutan penubuhan cawangan baru di sini.
Pada 5 Mac yang lalu, YB melawat mangsa ribut yang menerbangkan sebahagian bumbung rumah salah seorang penduduk di Kampung Padang Rezab. Seterusnya, beliau meluangkan masa menziarahi rakyat di Kampung Panchur selain menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pemuda kampung tersebut. Beliau bersama warga kampung menaiki motorsikal mengelilingi kampung tersebut disamping bertanya khabar warga penduduk disitu. Pada sebelah malam, beliau telah menyampaikan ceramah isu-isu semasa di Kampung Padang berikutan penubuhan cawangan baru di sini.
Label: Berita Dun Bukit Lada, Turun Padang
Penyerahan Jersi dan Bola Kepada Pemuda Perumahan KEDA Batu 13
0 ulasan Dicatat oleh Ustaz Izzat di 2:35 PTG3 Mac 2008 - Majlis penyerahan jersi dan bola sepak kepada pemuda di Perkampungan Keda Batu 13 dekat sini. YB Ustaz Ahmad Izzat sendiri turun padang untuk menyerahkan barangan tersebut. Terdahulu ketika dalam ucapan, YB telah menyebut bahawa pemuda adalah bakal pimpinan masa akan datang. Justeru, harapan beliau kepada para pemuda agar tidak terjebak dalam perkara yang boleh merosakkan. Dan beliau mengharapkan dengan penyerahan jersi ini, pemuda dapat menggunakannya untuk beriadhah dan menngadakan perlawan persahabatan untuk mengeratkan hubungan di kalangan pemuda. Turut hadir pada majlis penyerahan ini Ketua Komuniti Keda Batu 13, Ustaz Muhammad Zainal Asri Bin Haji Ramli sudi membacakan doa di akhir majlis.
Label: Berita Dun Bukit Lada, Turun Padang
Langgan:
Catatan (Atom)